Tuesday, June 29, 2010

Peluang pekerja miskin sambung belajar di UiTM

29.6.2010
2.59 am

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka peluang kepada golongan pekerja Melayu dan bumiputera yang berhasrat menyambung pengajian namun kurang berkemampuan untuk mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan luar kampus pada tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keistimewaan itu adalah di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM yang kini diperluaskan lagi bagi membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.

Menurutnya, sebelum ini, program itu hanya melibatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada anak-anak miskin golongan Melayu dan bumiputera serta kurang kredit dalam peperiksaan.
“Kita lihat ada di kalangan pekerja yang mahu menyambung pengajian tetapi tiada wang kerana gaji kecil dan disebabkan halangan itu, UiTM menawarkan pengajian PJJ dan luar kampus tanpa mengena yuran pada semester pertama.

“Jika mereka menepati syarat dan mencapai keputusan cemerlang pada setiap semester, UiTM juga akan mempertimbangkan untuk terus memberikan kemudahan ini secara percuma,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama pelajar baru UiTM di sini semalam.

Aku bangga menjadi salah seorang famili UiTM dan salah seorang graduan UiTM yang terus menerus membantu anak bangsa mencapai tahap tertinggi di dalam membangunkan AGAMA, BANGSA & NEGARA. 

Usaha, Taqwa, Mulia. 


Itu peganganku selama menjadi penuntut di UiTM dan akan selamanya tersemat di sanubariku dan akanku amalkan sepanjang aku bernafas.

Berita Penuh

Laman Web UiTM

Be a Tree.
A message from pokok.rimbun

Thursday, June 17, 2010

MakiNg DeCiSiOn

17.6.2010


Each life has phases.

Each phase needs decision makings.

Each decision needs deep thoughts.

Each thought needs faith.

Each faith needs GOD.

I pray.
I pray.
I pray.

Mistakes always with me.
But, they always correct me.

Mistakes are my best friend.
They always teach me.

My decision making,..........is always upon them.

So,
What is your decision makings ?

Be a Tree.
A message from pokok.rimbun

Sunday, June 6, 2010

Kawan ~ Sahabat ~ Keluarga ~ Hati

6.6.2010

Kawan

Masa             : Fasa pertama perkenalan
Jangka Hayat : Tidak dikenal pasti
Jumlah           : Sila rujuk Graf Hidup
Status            : Tidak kekal

Sahabat

Masa             : Fasa kedua perkenalan
Jangka Hayat : Tidak dikenal pasti
Jumlah           : Sila rujuk Graf Hidup
Status            : Tidak kekal

Keluarga

Masa             : Fasa kritikal
Jangka Hayat : Tidak dikenal pasti
Jumlah           : Sila rujuk Graf Hidup
Status            : Kekal

Hati

Masa             : Tidak dikenal pasti
Jangka Hayat : Tidak dikenal pasti
Jumlah           : Tidak dikenal pasti
Status            : Tidak dikenal pasti

Sukar,
Mudah,
Tangis,
Riang,
Itulah garis panduan Graf Hidup.

Magnitud,
Pecahan,
Tambah,
Tolak,
Bahagi,
Darab,
Itulah formula Jumlah.

Perjumpaan,
Itulah punca Masa.

Perpisahan,
Itulah pengukur Jangka Masa.

Namun,
Hati tiada panduan, ukuran, formula atau punca.
Ia adalah anugerah.

Kawan, Sahabat, Keluarga
Hargailah permata Hati itu

Kerana Hati yang di kutub ini sedang merintih salju
Persoalan mengapa bukan penyelesaian.
Penyelesaian ada pada Hati.

Be a Tree.
A message from pokok.rimbun

Saturday, June 5, 2010

Daulat Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

 5.6.2010
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K.(Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France) (13 Disember 2006 - ) SULTAN TERENGGANU
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah diputerakan pada 22 Januari 1962 bersamaan 15 Syaaban 1381 Hijrah di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah putera sulung daripada tujuh bersaudara.
Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman II dan kemudiannya meneruskan pendidikan pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Seterusnya Baginda telah berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di Geelong Grammar School di Victoria, Australia dari tahun 1980 hingga 1981. Sebelum mengikuti kursus tentera di luar negara, Baginda berkesempatan meneruskan kursus Bakal Tentera Melayu Diraja di Kem Sebatang Karah, Port Dickson, Negeri Sembilan mulai 18 Mei 1981 selama 3 bulan. Selanjutnya, Baginda telah mengikuti kursus tentera PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages mulai 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983 serta kursus SMC 33 di Royal Military Academy, Sandhurst, England mulai 3 Mei 1983 hingga 9 Disember 1983. Baginda telah ditauliahkan pangkat Leftenan Kehormat di Kor Kavalri Diraja pada 1 Mac 1984.
Minat Baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong Baginda untuk sekali lagi berangkat ke luar negara bagi menyambung pelajaran di London di U.S. International University-Europe (kini dikenali sebagai Alliant International University) dan berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bachelor of Arts) dalam bidang Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin menunjukkan bakat kepimpinan semenjak usia belasan tahun lagi. Dalam usia yang masih muda iaitu semasa berusia 17 tahun, Baginda telah dilantik dan dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Muda bagi Negeri Terengganu Darul Iman iaitu pada 6 November 1979. Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja bagi kali pertama pada 20 Jun 1986 dan seterusnya bagi kali kedua pada 21 Oktober 1990 sehingga 8 November 1990.
Baginda tidak terbatas dengan kehidupan di Istana semata-mata, malah sebagai bukti Baginda telah dilantik untuk berkhidmat buat pertama kalinya sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah pada 15 September 1981. Pengalaman awal yang diterima Baginda selama setahun berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu telah banyak memberikan manfaat kepada Baginda, sebelum Baginda berangkat ke luar negara untuk mengikuti kursus ketenteraan di England.
Sekembalinya Seri Paduka Baginda Tuanku ke tanah air setelah menamatkan pengajian di luar negara, Baginda sekali lagi dilantik sebagai Pegawai Tadbir Negeri pada 11 Julai 1988 sehingga 10 Julai 1989 dan kali ini Baginda ditempatkan di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Baginda telah dipertanggungjawabkan sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah selama dua tahun iaitu mulai 11 Julai 1989 hingga 10 Julai 1991. Sebagai Ketua Agama Islam, Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mulai 1 Jun 1991 hingga 31 Disember 1995. Pada 28 Mac 1996, Baginda telah selamat diijabkabulkan dengan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Istiadat Perkahwinan Diraja ini telah dilangsungkan dengan suasana gilang-gemilang di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Sesungguhnya ikatan kasih Baginda dalam melayari bahtera kehidupan berkeluarga pada saat ini, Allah S.W.T telah menganugerahkan empat orang cahaya mata, dua orang puteri dan dua orang putera iaitu: Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah diputerakan pada 18 Disember 1996, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail diputerakan pada 1 Mac 1998, Duli Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua’az diputerakan pada 22 Disember 2000 dan Yang Amat Mulia Tengku Fatimatuz Zahra’ diputerakan pada 19 April 2002.
Dengan kehendak dan izin Allah S.W.T. pada 15 Mei 1998, bersamaan 18 Muharam 1419 Hijrah, Baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya, berikutan mangkatnya ayahanda Baginda, Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Begitu juga dengan izin dan takdir Allah S.W.T. juga hendaknya, tidak sampai setahun bersemayam di persada takhta Terengganu Darul Iman, Seri Paduka Baginda Tuanku telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1999. Serentak dengan pengisytiharan tersebut, Baginda telah memegang amanah bagi menjalankan kewajipan serta fungsi-fungsi jawatan Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 2000 hingga 10 Oktober 2000 semasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI bercuti di luar negara. Baginda sekali lagi diisytiharkan menjalankan kewajipan dan fungsi-fungsi jawatan Yang di-Pertuan Agong pada 4 Oktober 2001 hingga 12 Disember 2001.
Pada 13 Disember 2006 bersamaan 22 Zulkaedah 1427 Hijrah Baginda telah selamat menjalani Istiadat Melafaz Sumpah serta Menandatangani Warkah Pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII. Sebagai meneruskan tradisi kesinambungan yang lalu, pada 5 Mac 2007 bersamaan 15 Safar 1428 Hijrah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Baginda begitu prihatin terhadap kemakmuran dan keharmonian hidup rakyat jelata. Hal demikian terserlah dalam tindakan Baginda menangani permasalahan hal-ehwal kemasyarakatan dan keagamaan. Dengan demikian, Baginda dilihat sentiasa mencemar duli untuk berdampingan dengan golongan rakyat jelata. Justeru, Baginda mempunyai hubungan akrab dengan rakyat jelata atau dengan kata lain Raja Berjiwa Rakyat. Bagi merapatkan jurang antara rakyat dan Istana, Baginda mengambil pendekatan turun ke akar umbi bagi menemui khalayak rakyat jelata dengan bersembahyang fardhu Jumaat di masjid-masjid seluruh Negeri Terengganu.
Dalam konteks kehidupan beragama, Baginda sering kali menekankan perihal pentingnya mengamalkan kesucian agama Islam. Manifestasi daripada hal berkenaan dapat dilihat menerusi keberangkatan Baginda ke Mekah pada tahun 2003 untuk menunaikan fardhu haji bersama-sama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu. Keutamaan Baginda terhadap pemupukan nilai-nilai amalan agama juga diperlihatkan menerusi ibadah umrah yang menjadi amalan tahunan oleh Baginda dan keluarga.
Sesungguhnya Baginda tidak dapat memisahkan diri daripada terlibat dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama golongan rakyat. Sebagai landasan untuk membantu dan menyebarluaskan usaha berkenaan, Baginda telah mengambil inisiatif mewujudkan sebuah yayasan yang diberi gelar Yayasan Diraja Sultan Mizan. Yayasan berkenaan telah dilancarkan pada 19 Julai 2005 bersempena hari ulang tahun ke-43 Keputeraan Baginda. Yayasan ini membuka ruang seluas-luasnya pada Baginda untuk terlibat dalam kerja-kerja amal yang bertujuan menyumbang kepada usaha peningkatan taraf sosioekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat khasnya bagi Negeri Terengganu dan rakyat Malaysia amnya. Bagi mencapai matlamat berkenaan, Yayasan akan terlibat dalam menganjurkan dan membantu serta membiayai pelbagai usaha dalam bidang penyelidikan yang merangkumi disiplin ekonomi, sosial, agama, budaya, dan sains dan teknologi. Sebahagian besar aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan telah mencapai matlmatnya dengan meraih sokongan daripada pelbagai pihak.
Baginda begitu mengambil berat berkenaan impak keberkesanan dan kejayaan Yayasan ini. Oleh yang demikian, bagi menjamin kesinambungan usaha-usaha ini tidak tergendala, di samping memastikan matlamat penubuhan Yayasan tercapai dengan maksimum, Baginda sendiri bertindak proaktif dengan melibatkan diri secara langsung dengan mempengerusikan setiap mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan tersebut. Penglibatan dan iltizam Baginda membuktikan Baginda sangat teliti dan serius dalam setiap tindakannya lebih-lebih lagi jika ia bersangkutan dengan permasalahan nasib rakyat.
Selain sibuk dengan kerja-kerja amal dan pentadbiran, Baginda bijak memperuntukkan sebahagian masa untuk beriadah, berekreasi dan bersukan. Baginda semasa zaman remaja menaruh minat yang tinggi dalam sukan seperti bola sepak, golf, taekwando, selam skuba dan menunggang kuda. Disebabkan kekangan masa dan tambahan tanggungjawab menyebabkan Baginda tidak lagi dapat bergiat dalam aktiviti tersebut, namun Baginda sentiasa mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Dalam sukan bola sepak, keterlibatan Baginda dapat dilihat dengan lantikan sebagai penaung kepada Persatuan Perkasa Alam. Persatuan ini terlibat dalam sukan bola sepak dan pernah menyertai liga anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Baginda juga turut memberi perhatian yang serius terhadap perkembangan Pasukan Bola Sepak Terengganu dan sentiasa memberi perangsang dan menyuntik semangat bagi menjulang nama Negeri Terengganu dalam arena bola sepak negara.
Fokus dan ketelitian Baginda dalam kehidupan seharian dapat diterjemahkan menerusi langkah Baginda dalam kecekapan dan kemahiran bermain golf. Sebagai hasilnya, Baginda pernah mencapai single handicap. Namun tugas dan tanggungjawab Baginda yang semakin bertambah membatasi Baginda untuk bergiat aktif dalam sukan kegemaran Baginda. Namun begitu, keterlibatan Baginda dalam acara golf dihadkan sekadar memenuhi undangan acara-acara rasmi sahaja. Malah Baginda juga turut menjadi penaung pada Kelab Golf Diraja Terengganu.
Keupayaan Baginda dalam membahagikan tugas rasmi dan aktiviti peribadi dapat diperlihatkan menerusi kecenderungan Baginda dalam meningkatkan kecergasan jasmani. Baginda menyenangi seni mempertahankan diri taekwando dan secara tidak langsung, Baginda juga terlibat sebagai penaung kepada Malaysia Global Taekwondo Federation (MGTF) semenjak tahun 1990. Pada peringkat global, Baginda juga pernah dilantik sebagai Presiden Taekwando Asia Pacific (ITF). Keprihatinan dan minat serta keterlibatan Baginda secara serius terhadap sukan taekwando ini telah mendorong Baginda untuk dianugerahkan 7th Degree Black Belt (Kehormat) oleh Global Taekwondo Federation (GTF). Sejajar dengan minat Baginda yang mendalam terhadap sukan ini, Malaysia telah berjaya mendapat kepercayaan menganjurkan World Taekwondo Championship di Kuala Terengganu pada tahun 1994 yang disertai oleh 88 buah negara. Kewibawaan Baginda terus terserlah iaitu pada tahun 2003 apabila Terengganu dipilih menjadi tuan rumah Pertandingan Taekwando Peringkat Kebangsaan (MGTF). Sebagai Penaung MGTF, Baginda akan merasmikan setiap pertandingan taekwando peringkat kebangsaan anjuran badan terbabit, manakala piala pusingannya adalah sumbangan Baginda sendiri.
Sejak kebelakangan ini Baginda menunjukkan minat yang tinggi dalam sukan berkuda khususnya Endurance. Baginda banyak terlibat dalam menyertai pertandingan Endurance Ride yang dianjurkan sama ada di dalam negara atau di luar negara. Adalah menjadi harapan dan hasrat Baginda agar sukan berkuda Endurance ini turut diminati dan diceburi oleh rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya. Dalam merealisasikan hasrat tersebut dan atas daya usaha Baginda sendiri, sebuah Pusat Ekuestrian sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa telah siap dibina di Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan rekreasi dan sukan.
Baginda telah menubuhkan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) bagi tujuan untuk menyertai pertandingan sukan Endurance berkuda di dalam dan luar negara. Banyak kejohanan di dalam dan luar negara yang telah disertai. Pada bulan Ogos 2006 seramai 3 orang penunggang RTES telah mewakili Malaysia pada kejohanan World Equestrian Games (WEG) di Aachen, Jerman. Pasukan ini juga sedang bersiap sedia untuk menyertai kejohanan European Open 2007 dan juga membuat persiapan untuk WEG 2008 di Lembah Bidong, Terengganu, Malaysia.
Dalam sukan Endurance, Baginda telah mencapai kejayaan peribadi dengan melayakkan diri dalam pertandingan peringkat antarabangsa setelah melepasi ujian 80km pada tahun 2002. Baginda telah mendapat tempat keempat dalam kejohanan Johor Endurance 105km pada 8 Februari 2004. Baginda pernah menjuarai pertandingan Wilga 80km Endurance Ride, Wilga, Australia pada 13 Mac 2004. Bagi kejohanan Kelantan Royal Jublee Endurance 160km pada 8 Oktober 2004, Baginda mendapat tempat ketiga. Baginda pernah mewakili Malaysia di Kejohanan Endurance 160km Dubai, UAE pada 27 Januari 2005. Pada 3 September 2005 Baginda telah mendapat tempat pertama dalam kejohanan Harris Ride 90km di Perth, Australia. Pada 4 Mac 2007 menerusi Perlumbaan Tahan Lasak Berkuda Antarabangsa Qatar, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mendapat tempat kedua dan seterusnya layak menyertai Perlumbaan Tahan Lasak Dunia yang akan diadakan di Terengganu tahun 2008.
Dengan kesungguhan dan inisiatif Baginda juga, Malaysia telah berjaya dipilih untuk menganjurkan World Endurance Championship di Lembah Bidong, Terengganu pada tahun 2008. Baginda telah banyak menyuntik semangat dalam menyemarakkan sukan berkuda dan hasilnya kini menjadikan sukan berkuda lebih dikenali dan diminati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.
Baginda telah dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran berikut:

  • Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (D.K.) pada 9 Mac 1981
  • Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (S.P.M.T.) pada 6 Mac 1982
  • Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada 8 April 1986
  • Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T.) pada 12 Februari 1989
  • Darjah Utama Kerabat Terengganu (D.K.T.) pada 15 Mei 1998
  • Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putera Jamalullail (D.K. Perlis) pada 28 Mei 1998
  • Darjah Kerabat Mahkota Johor Yang Amat Dihormati (D.K. Johor) pada 1 Oktober 1998
  • Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) pada 27 Februari 1999
  • Darjah Kerabat Diraja Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.R.) pada 6 Julai 2000
  • Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Amat Terpilih (S.S.M.Z.) pada 6 Julai 2001
  • Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (D.K. Negeri Sembilan) pada 19 Julai 2001
  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Negeri Kedah Darul Aman (D.K. Kedah) pada 20 Januari 2002
  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunus) (D.K. Kelantan) pada 30 Mac 2002
  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor (D.K. Selangor) pada 7 Mac 2003
  • Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Amat Terpilih (S.U.M.Z.) pada 26 Mei 2005
  • Darjah Yang Maha Utama Kerabat DiRaja Malaysia (D.K.M.), darjah khas untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, pada 5 April 2007
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dikurnia darjah kebesaran lima-bintang tentera, mentauliah Baginda sebagai komander tertinggi tentera sempena permasyhuran Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada Disember 2006.



Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 
Tuanku Nur Zahirah 

D.M.N., D.K. (Terengganu), S.S.M.Z., S.S.M.T. (Terengganu) (PERMAISURI TERENGGANU)

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah diputerakan pada 7 Disember 1973 bersamaan 12 Zulkaedah 1393 Hijrah. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Nicholas dan Sekolah Menengah St. Nicholas Convent Alor Setar, Kedah. Seri Paduka Baginda Tuanku dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 4 Disember 2006 bersamaan 13 Zulkaedah 1427 Hijrah. Penganugerahan ini adalah sebagai suatu pengiktirafan terhadap usaha dan sumbangan Seri Paduka Baginda Tuanku dalam menguruskan kerja-kerja amal di seluruh Terengganu.
Pada 28 Mac 1996 Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong selamat diijabkabulkan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Pada masa berkenaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Yang Dipertuan Muda Terengganu. Perkahwinan bahagia Baginda bertambah lengkap apabila dikurniakan empat orang cahaya mata, dua orang Puteri dan dua orang Putera iaitu Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah, (diputerakan pada 18 Disember 1996), Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, (diputerakan pada 1 Mac 1998), Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua’az, (diputerakan pada 22 Disember 2000) dan Yang Amat Mulia Tengku Fatimatuz Zahra’, (diputerakan pada 19 April 2002).
Baginda Tuanku telah dimasyhurkan sebagai Permaisuri pada 12 Julai 1998. Gelaran Permaisuri yang disandang sejak 1998 telah digantikan dengan gelaran baru iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah pada 5 Jun 2006. Baginda telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (D.K.) pada 16 Januari 1999 dan Darjah Kebesaran Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S.S.M.Z.). Darjah terkini yang telah diterima oleh Baginda ialah Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) pada 5 April 2007.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong merupakan Sultanah yang menitikberatkan pendidikan keagamaan dalam keluarga Diraja Terengganu. Sesungguhnya, dalam usia yang begitu muda Baginda telah mengasuh Paduka Anakanda untuk turut serta bagi bersama-sama menunaikan fardhu haji. Di samping itu, amalan mengerjakan umrah pada setiap tahun menjadi sebahagian daripada aktiviti tahunan bagi keluarga Diraja Terengganu.
Seri Paduka Baginda Tuanku bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengambil pendekatan sikap sederhana, keterbukaan dan amalan perbincangan sebagai wahana dalam memupuk ikatan keharmonian kekeluargaan. Sebagai bonda yang prihatin dalam merangka masa depan pendidikan Paduka Anakanda, Baginda Tuanku sambil direstui oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong begitu menitikberatkan pemupukan nilai agama yang seiring dengan penyuburan nilai-nilai tradisi, adat dan budaya Melayu. Gabungan nilai agama dan nilai tradisi Melayu inilah yang menjadi intipati serta pedoman Baginda Tuanku dalam mendidik dan mengasuh Paduka Anakanda.
Seri Paduka Baginda Tuanku juga begitu menyenangi dan menyayangi kanak-kanak. Manifestasi daripada nilai kelembutan seorang wanita dan sebagai seorang bonda keluarga Diraja, Baginda Tuanku sentiasa peka dengan perkembangan semasa terutama yang berkaitan dengan lingkungan kehidupan kanak-kanak. Justeru, Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa memastikan bahawa Baginda akan mengikuti perkembangan ilmu dengan mengemaskinikan diri menelaah bahan bacaan ilmiah yang berkaitan dengan perkara berkenaan. Baginda Tuanku memfokuskan penelitian pada ilmu berkaitan perkembangan minda (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) kanak-kanak.
Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa tertib dalam menjaga keterampilan sesuai dengan kedudukan diri Baginda sebagai Raja Permaisuri Agong. Keperibadian diri sebagai wanita Melayu yang mengutamakan sopan santun dan kelembutan adat budaya Melayu tidak dilupakan biarpun bergelar Sultanah Negeri Terengganu. Begitu juga dalam konteks etika sosial, Baginda lebih mengutamakan kepada nilai keikhlasan dalam jalinan hubungan silaturrahim. Kaya dengan kuntuman senyum sudah menjadi satu simbol yang sering dikaitkan dengan diri Baginda Tuanku semasa tampil bersemuka dengan golongan rakyat. Sayugia diingat, Baginda sangat prihatin dalam mengambilkira permasalahan hidup rakyat terutama isu yang bersangkutan dengan hal-ehwal wanita.
Kehidupan di Istana tidak membatasi pergerakan Baginda dalam menjalin hubungan dengan rakyat menerusi aktiviti-aktiviti amal dalam konteks kemasyarakatan dan kemanusiaan. Dorongan dan galakan Baginda diperlihatkan dengan keterlibatan Baginda sendiri sebagai penggerak sesuatu aktiviti, persatuan atau pertubuhan di Negeri Terengganu. Malah sebagai tanda kasih dan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa tsunami, Baginda memainkan peranan utama dalam mendapatkan kutipan tersebut. Sumbangan yang diperolehi telah berjaya diserahkan kepada pemerintah Kerajaan Acheh dan Kerajaan Negeri Kedah. Selain itu, Baginda terlibat dalam pelbagai program sumbangan dan bantuan kepada golongan rakyat daif dan golongan kurang upaya.
Pada hari keputeraan yang ke-44 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2006, Baginda telah menyampaikan sumbangan peralatan botol-botol susu khas bagi bayi sumbing dan alat pam payu dara bagi ibu-ibu bayi dalam masalah berkenaan serta alat bantuan penglihatan melalui Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Baginda adalah penaung bagi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu atau PERKAYA serta Persatuan Hospis Terengganu. Baginda juga aktif sebagai penaung Persatuan Pandu Puteri Negeri Terengganu serta penaung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu. Baginda Sultanah juga sebagai penaung Tadika An Nur yang terkenal di Terengganu. Pada hakikatnya, sejarah Tadika An Nur bermula dengan rancangan Baginda untuk memberi pendidikan pra-sekolah kepada Paduka Anakanda yang kemudiannya diperluaskan penyertaannya kepada umum.
Dalam kesibukan Baginda menjalankan tugas sebagai Sultanah Negeri Terengganu, isteri dan bonda kepada empat cahaya mata Baginda juga menaruh minat yang mendalam terhadap bidang hiasan dalaman. Baginda mementingkan ruang yang kemas dengan persekitaran teratur, sempurna dan bersih. Dengan minat dan kemahiran yang dimilikinya, Baginda banyak melakukan sendiri kerja-kerja hiasan dalaman pada kediaman Baginda. Selain kecenderungan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong terhadap kerja-kerja mereka bentuk hiasan dalaman terdapat satu lagi cabang kemahiran yang dimiliki oleh Baginda iaitu cekap dalam membahagikan waktu untuk mencari kesempatan memasak untuk santapan ahli keluarga tercinta, terutama dalam menyediakan hidangan kegemaran Paduka Anakanda dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Seri Paduka Baginda Tuanku tetap memperuntukkan waktu bagi aktiviti-aktiviti peribadi yang bercorak riadah dan pengembaraan untuk mengisi masa lapang dengan bersenam, berjalan dan sebagainya. Aktiviti lawatan dan melancong secocok dengan jiwa kembara dalam diri Baginda, dapat menjadi pengalaman berharga sebagai bekal dalam menghadapi dan menangani permasalahan rakyat di luar Istana. Begitu juga Baginda Tuanku tidak alpa dalam memberi dorongan dan galakan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan pasukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam apa juga aktiviti sukan yang diceburi Baginda Yang di-Pertuan Agong khususnya sukan berkuda.

To learn more about our great Kings & Queens :
http://www.malaysianmonarchy.org.my/main.htm


Be A Tree.
A message from pokok.rimbun

Cinta Kosmik @ Cosmic Love

5.6.2010

Cinta kosmikku yang membara
Cinta kosmikku yang membara
Cinta kosmikku yang membara

My passionate cosmic love
My passionate cosmic love
My passionate cosmic love

Love...

For whom ?
For what ?
For how deep ?
For how long ?

Think.


Be a Tree.
A message from pokok.rimbun

Friday, June 4, 2010

Pergi Tak Kembali

4.6.2010


Semua akan merasa
Semua akan mengalami
Semua akan menjalani
Semua akan menghadapi

Bersedia ?
Yakin ?

Dunia     : Gudang
Barzakh : Perhentian
Akhirat  : Perhitungan


Be a Tree.
A message from pokok.rimbun

Thursday, June 3, 2010

OPEN YOUR EYES

3.6.2010
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside..
NO......

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah)

Guide us every single day...
(Allah)

Keep us close to you
Until the end of time...

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside
NO..........

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

Allah...

You created everything
We belong to yo0u
YA RAB we raise our hands
Forever we thank you

.....Alhamdulillah......

Be a Tree.
A message from pokok.rimbun 

The Call

3.6.2010
2.49 pm












Miss Caller   :
Hello, is this Mr Muhammad Hariri ?

Mr Receiver :
Yes, speaking.

Miss Caller   :
Hi Hariri, I am calling from Sime Darby. I am happy to inform that you have been selected in our Apprenticeship Programme 2010. You will be reporting on the July 12th and as for your concern, you will be given a free accommodation for the first month of your training. You will be send for training at the Genting View Resort. I will send you an e-mail for further details on the programme.

Mr Receiver :
Oh, thank you !

Miss Caller   :
You are welcome. Should you have anything to ask, do mind to call Miss Nana at this number, 26936357. She will help you for further details okay.

Mr Receiver :
Great !

Miss Caller   :
Alright then, do check your e-mail for further details. Thank you.

Mr Receiver :
Thank you very much.












Be a Tree.
A message from pokok.rimbun

June's Words of Wisdom

1.6.2010

Silence of nature is very real. 
It surrounds you...you can feel it.

Silence is an act of keeping to yourself.
Silence is an article of your heart and thoughts.
Silence is a diary of yourself.












What do know about silence ?
How do you describe silence ?
When do you keep silence ?












Be a Tree.
A message from pokok.rimbun