Tuesday, June 29, 2010

Peluang pekerja miskin sambung belajar di UiTM

29.6.2010
2.59 am

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka peluang kepada golongan pekerja Melayu dan bumiputera yang berhasrat menyambung pengajian namun kurang berkemampuan untuk mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan luar kampus pada tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keistimewaan itu adalah di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM yang kini diperluaskan lagi bagi membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.

Menurutnya, sebelum ini, program itu hanya melibatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada anak-anak miskin golongan Melayu dan bumiputera serta kurang kredit dalam peperiksaan.
“Kita lihat ada di kalangan pekerja yang mahu menyambung pengajian tetapi tiada wang kerana gaji kecil dan disebabkan halangan itu, UiTM menawarkan pengajian PJJ dan luar kampus tanpa mengena yuran pada semester pertama.

“Jika mereka menepati syarat dan mencapai keputusan cemerlang pada setiap semester, UiTM juga akan mempertimbangkan untuk terus memberikan kemudahan ini secara percuma,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama pelajar baru UiTM di sini semalam.

Aku bangga menjadi salah seorang famili UiTM dan salah seorang graduan UiTM yang terus menerus membantu anak bangsa mencapai tahap tertinggi di dalam membangunkan AGAMA, BANGSA & NEGARA. 

Usaha, Taqwa, Mulia. 


Itu peganganku selama menjadi penuntut di UiTM dan akan selamanya tersemat di sanubariku dan akanku amalkan sepanjang aku bernafas.

Berita Penuh

Laman Web UiTM

Be a Tree.
A message from pokok.rimbun

No comments:

Post a Comment